Pages

Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi saya di :

Hubungi / SMS : 012 - 319 2087 (ZUE)

Atau

Hubungi / SMS : 012 - 246 9704 (IHSAN)

Atau

Hotline : 03 - 2202 1215

Atau

Email : zueoutlet@yahoo.com

Tuesday, July 9, 2013

Diet pada bulan Ramadhan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera, kami mengucapkan Selamat Berpuasa bagi seluruh umat Islam yang melaksanakan ibadah berpuasa dibulan yang mulia ini. 

Saya pasti ramai yang mengambil kesempatan menurunkan berat badan dibulan puasa kerana merasakan ini adalah bulan yang terbaik untuk menurunkan berat badan. Persoalanya, bagaimana anda melakukanya? adakah anda berpuas hati dengan hasil yang anda perolehi pada tahun-tahun lepas? adakah berat badan anda kekal selepas bulan puasa atau ia meningkat seperti sediakala? Mahukah anda jika saya kongsikan bagaimana anda dapat menurunkan lebih banyak berat badan pada tahun ini dan bagaimana untuk mengekalkanya?



Secara ringkasnya aktiviti harian yang anda jalankan dan pengambilan makanan yang diambil pada bulan puasa memainkan peranan yang sangat besar dan penting dalam usaha mendapatkan berat badan yang ideal. Kesilapan yang sering dilakukan oleh masyarakat dibulan puasa adalah gemar menggunakan jalan pintas untuk melakukan aktiviti harian berbanding hari-hari biasa sebagai contoh ;

1) Pada hari kebiasaan anda lebih suka menggunakan tangga samada dirumah atau dipejabat tetapi pada bulan puasa hanya menggunakan lif sahaja. 

2) Pada bulan-bulan sebelum puasa anda meletakan kenderaan anda jauh sedikit dari pejabat tetapi pada bulan puasa anda akan menggunakan khidmat letak kenderaan yang lebih dekat walaupun ia perlu dibayar. 

3) Pada hari biasa anda akan ke taman untuk melakukan aktiviti riadah seperti bermain bola dan bersenam, tetapi pada bulan puasa anda malas melakukanya. Anda lebih suka duduk dirumah menonton TV atau tidur.

4) Berbelanja secara berlebihan dibazar Ramadhan, anda terpaksa menghabiskan makanan yang dibeli walaupun telah merasa kenyang kerana tidak mahu membazir. Akhirnya sikap makan dengan banyak akan menjadi sebati dengan diri anda.

5) Jadual pemakanan yang tidak menentu seperti selepas berbuka puasa dengan makanan berat pada jam 7.30 malam. Anda akan makan sekali lagi selepas terawih, selepas solat terawih anda akan keluar makan bersama rakan-rakan pada jam 12 malam hingga jam 1 pagi, kemudian anda akan pulang ke rumah untuk tidur. Akhirnya anda tidak akan bersahur pada keesokan harinya kerana telah merasa kenyang. Kesanya, anda bukan sahaja tidak dapat menurunkan berat badan bahkan sebaliknya dan anda akan merasa cepat penat, lapar dan dahaga.

Sekiranya anda mampu mengubah sikap, aktiviti anda dan mengamalkan pengambilan yang lebih teratur pasti anda akan mendapat hasil yang lebih baik.

Kami juga amat menggalakan pengambilan program Herbalife kerana ia bukan sahaja memberi tenaga dan nutrisi yang diperlukan badan tetapi program Herbalife juga membantu merancang dan mengawal pemakanan anda dengan lebih baik. Program Herbalife juga mengurangkan risiko mengambilan lemak yang tidak teratur atau secara berlebihan. Program Herbalife sangat berkesan kerana produknya sangat berkualiti tinggi yang diamalkan atlit-atlit sukan bertaraf antarabangsa seperti Leornado Messi, Christopher Ronaldo, David Beckham dan ramai lagi atlit antarabangsa. Mereka mengamalkan produk Herbalife kerana produk Herbalife memberi mereka tenaga untuk menjalankan latihan intensif setiap hari dengan kadar lebihan kalori yang rendah.

Bagaimana untuk mendapatkan produk Herbalife dan program yang sesuai untuk diri anda. Anda boleh dapatkan ia melalui pengedar-pengedar Herbalife yang sah dan pastikan anda membeli produk anda melalui pengedar yang sah yang boleh membimbing anda. Elakan membeli produk dari pengedar yang tidak melatih anda kerana bimbang anda tidak akan mendapat kesan positif seperti yang anda harapkan.

Kenapa perlu menggunakan produk Herbalife? Produk Herbalife membekalkan nutrisi yang secukupnya pada tubuh badan. Nutrisi yang lengkap akan menghasilkan tenaga yang baik. Kebanyakan masyarakat gagal mengamalkan pemakanan yang seimbang terutamanya pada bulan Ramadhan, ini berlaku apabila rantaian pemakanan tidak teratur seperti, makan 3-4 kali pada lewat malam dan terus tido. Ini akan menyebabkan makanan yang dimakan tidak dapat dihadam dengan sempurna dan kalori yang gagal dibakar akan bertukar menjadi lemak. Tidak bersahur akan menyebabkan badan tidak mempunyai tenaga yang mencukupi dan kesanya badan akan merasa lemah. Oleh itu amat penting bagi anda mendapatkan jadual pemakanan menggunakan produk Herbalife dengan teratur.

No comments:

Post a Comment