Pages

Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi saya di :

Hubungi / SMS : 012 - 319 2087 (ZUE)

Atau

Hubungi / SMS : 012 - 246 9704 (IHSAN)

Atau

Hotline : 03 - 2202 1215

Atau

Email : zueoutlet@yahoo.com

Friday, July 26, 2013

Faktor anda gagal & cara mengatasinya!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalammualaikum wbt dan Slam Sejahtera, Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih memberi kami satu nikmat paling besar iaitu nikmat Islam. Sejak kebelakangan ini kami kerap mendengar kata-kata motivasi dan menghadiri program-program kepimpinan dan kejayaan diri. Apa yang kami nyatakan disini bukan bermaksud untuk mengajar tetapi hanya satu perkongsian yang kami rasakan ianya baik dan mudah-mudahan dapat membantu anda dimasa akan datang.

Pernahkah anda mengalami kegagalan didalam kehidupan anda? Tidak kira apa jua bentuk kegagaalan samada dalam kerjaya, perniagaan, percintaan, keluarga, kesihatan penampilan diri? 

Cuba anda mengambil masa selama 60 saat dan cuba anda ingat kembali setiap kegagalan yang pernah berlaku dalam kehidupan anda.

- kegagalan didalam kehidupan, perkara atau urusan 


(60 saat)


Pada suatu masa dahulu kami juga seperti anda atau mungkin seperti orang-orang yang anda kenal dimana setiap perkara atau usaha yang kami lakukan menemui jalan kegagalan. Apabila kami gagal melakukan sesuatu kami akan mula menyalahkan orang lain dan merasakan mereka adalah punca kegagalan kami. Kami menyalahkan pasangan kami kerana tidak memberi sokongan moral, kami menyalahkan ibubapa kerana tidak membantu kami, kami menyalahkan adik beradik kerana tidak menyokong usaha kami, kami menyalahkan kawan-kawan kerana tidak berurusan dengan kami kami menyalahkan kerajaan, kami menyalahkan pihak pengurusan intitusi keuwangn, kami menyalahkan agensi-agensi keusahanwan kerana tidak meluluskan pinjaman kami, hampir setiap perkara yang kami lihat kami menyalahkan mereka.

Pada masa itu kami merasakan bahawa diri kami betul, kami dah buat yang terbaik dan kami merasa seolah-olah kami dianaya. Kepana? kenapa? kenapa? kenapa? inilah perkataan yang sering kami gunakan "kenapa buat aku macam ni"

Berhanti! berhenti menyalahkan orang lain! berhenti menunding jari kearah orang lain! berhenti merasakan bahawa diri kita betul! berhenti bergantung harap pada orang lain! bukan kah kita ada agama? kenapa kita mengharapkan bantuan mahluk? kenapa kita mengharapkan sokongan manusia? adakah kita sudah lupa yang memberi kita rezeki Allah! yang memberi kita kejayaan Allah! yang mengerakan hati manusia Allah! bagaimana perhubungan kita dengan Allah? adakah kita menjaga perhubungan kita dengan Allah sehingga Allah mencintai dan menyayangi diri kita? satu contoh yang paling mudah, apabila seseorang itu cuba melobi projek apa yang mereka lakukan? si pelobi sanggup membawa pegawai yang memegang projek pergi makan minum, bawa pergi bercuti belikan hadiah dan sanggup habiskan masa dan wang puluhan ribu bahkan ratusan ribu untuk menjaga hati si pegawai. Bagaimana pula dengan pemilik Alam semesta? pemilik diri kita sendiri? pemilik yang setiap nyawa-nyawa didalam genggamanya, pemilik langit dan bumi! adakah kita menjaga perhubungan kita dengan Allah? seorang ustaz menasihati kami sekiranya kita meletakan mahluk sebagai jaminan urusan kita, dipadang masyar kelak Allah akan menjadikan mahluk tersbut sebagai jaminan urusan kita seperti mana didunia. Mahluk tidak boleh memberi kita jaminan, yang boleh memberi jaminan hanya Allah S.W.T.

Kami dapati ini adalah faktor pertama kenapa kami gagal dalam usaha kami. Kita seharusnya mendekatkan diri kita kepada Allah. Melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala laranganya. Jika kita sanggup menghabiskan masa selama berpuluh jam untuk menggembirakan mahluk kenapa kita tidak boleh mengguanakan sebahagian masa kita 5 kali sehari untuk menjaga perhubungan kita dengan Allah. Allah tidak memandang langsung segala wang ringgit kita, bahkan Allah yang memberi kita kekayaan kerana Allah Maha kaya lagi Mengayakan.

Faktor kedua yang menjadi pengahalang kepada kejayaan kami adalah nafsu. Kebanyakan peniaga suka menghabiskan duit di tempat yang bukan-bukan. Melakukan pembaziran pada perkara-perkara yang tidak perlu. Yang paling jelas apabila mereka ada sejumlah wang sebahagian digunakan untuk membeli kereta mewah dan menyewa pejabat yang mahal dan melakukan pengubahsuaian dengan kos yang tinggi, kononya standard atau memberi alasan untuk membazir sebagai persepsi orang apabila melihat kita atau pejabat sebagai korporat. Inilah orang kita suka gunakan pepatah "biar papa asal bergaya", tidak salah untuk memiliki kereta mewah atau pejabat yang bergaya tetapi biarlah setelah perniagaan dan keuwangan benar-benar kukuh. Bukan berlagak seperti harimau tetapi sebearnya kucing. Gunakan modal dan keuwangn anda dengan lebih bijak, seperti membeli stok barang niaga dan menggunakan wang tersebut untuk kos pemasaran dan operasi.

Faktor yang ketiga adalah sifat tamak, kalau orang sebelah meniaga barang yang sama mesti tarik muka dan berkata didalam hati "la.si bodoh ni tak boleh tengok orang senang sikit. Apa yang aku nak jual itu la yang dia nak jual! tak ada barang lain ker nak berniaga!". Seorang rakan pernah bercerita pada saya beliau berniaga burger, masa mula-mula berniaga Alhadulillah memang agak rancak perniagaan tetapi bila lama-lama orang semakin berkurangan. Pernah satu hari seorang lelaki berjalan dan terlanggar stall burger rakan saya. Setelah terlanggar orang tu berkata "la... ada jual burger lagi ker dekat sini, tak perasan". Cuba anda bayangkan sikit puyna besar stall burger pun boleh tak perasa Inilah orang kita baru berniaga burger dah macam-macam yang dilakukan. Kalau perniagaan berjuta-juta  macamanalah agaknya. Kami belajar bahawa untuk berjaya kita kena ada sifat bersyukur dengan rezeki yang Allah beri. Bersyukur bukan bermaksud tidak perlu kembangkan usaha anda bersyukur dengan setiap rezeki yang Allah beri dan cuba bayangkan orang yang lebih susah dari kita.

Keempat belajar menghargai orang lain, kita kena belajar hargai ibu bapa kita, pasangan kita, ahli keluarga jiran tetangga dan umat manusia. Walaupun kebaikan yang dilakukan kepada kita hanya sebesar setitik dakwat hitam tetapi ianya tetap kebaikan yang telah berlaku kepada kita. Apabila kita menghargai orang lain, barulah orang lain akan menghargai kita. Atau jika anda menerima hadiah dari pasangan anda, dan anda merasa tidak berkenan dengan hadiah tersebut Tetap ucapkan terima kasih dan katakanlah perkataan yang baik-baik seperti terima kasih atau cantik hadiah yang diberi. Pakailah hadiah yang diberi selagi mana ia tidak melanggar hukum Allah, pasti sejuk mata pasangan anda atau si pemberi tersebut.

Faktor kelima yang ingin saya kongsikan adalah berfikir baik, kita kena balajar berfikir baik dengan orang lain. Sebagai contoh kita sebagai menantu pasangan kita memberi hadiah yang lebih baik kepada mertua kita bukan bermaksud pasangan kita tidak menyayangi kita. Kita melihat pasangan kita balik lewat, janganlah terus diserang. Bukankah lebih baik jika kita menyambut kepulanganya, berikan segelas air dan bertanya dengan baik "kesian sayang banyak kerja dipejabat", cuba tanyakan bagaimana keadaan pejabat, sekurang²nya kita tahu apa yang sebenarnya berlaku. Sentiasa berfikir baik terhadap sesuatu perkara yang kita lihat, setiap kebaikan yang kita fikirkan akan datang balik kepada kita. Kita juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan salah dan silap. Tetapi apabila kita berfikir baik, orang lain turut akan berfikir baik kepada kita dan mudah memaafkan kesilapan yang kita lakukan.

Inilah 5 Faktor yang ingin kami kongsikan kepada anda :

1. Menjaga perhubungan kita dengan Allah, meletakan Allah dihadapan dan yakin mahluk tidak ada kuasa yang ada kuasa hanya Allah.

2. Belajar mengawal nafsu, nafsu adalah sifat yang ada didalam diri manusia. Nafsu juga boleh dikategorikan sebagai sifat-sifat yang tidak baik seperti sombong dan ego. Apabila kita belajar mengawal nafsu kita akan belajar mengawal sifat sombong dan ego.

3. Mengawal sifat tamak, ia juga tergolong dalam kategori nafsu. Tamak biasa berlaku apabila kehendak atau keinginan terhadap sesuatu benda atau perkara sehingga diri terlupa atau tidak memikirkan kebaikan yang telah miliki.

4. Menghargai apa jua yang ada pada kita. Menghargai kesihatan, ibubapa, pasangan, keluarga jiran, hadiah. Jika kita dapat menanamkan sifat ini didalam diri, segala urusan kita akan menjadi mudah dan kita akan disayangi oleh orang-orang disekeliling kita.

5. Melatih diri untuk berfikir baik, kerana dengan berfikir baik ia sebenarnya akan mengeluarkan cas-cas positif dari dalam diri kita Inilah aura seri yang semulajadi yang Allah S.W.T telah kurniakan kepada manusia.

Segala yang baik datangnya dari Allah yang salah dan lemah datang dari diri kami sendiri. Kami tidak mengajar tetapi sekadar berkongsi dari apa yang kami pelajari dan dari pengalaman hidup kami. Mudah-mudahan anda akan mendapat kebaikan atas perkongsian ini.

No comments:

Post a Comment