Pages

Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi saya di :

Hubungi / SMS : 012 - 319 2087 (ZUE)

Atau

Hubungi / SMS : 012 - 246 9704 (IHSAN)

Atau

Hotline : 03 - 2202 1215

Atau

Email : zueoutlet@yahoo.com

Friday, April 5, 2013

Tahukah Anda


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Tahukah anda?



Kanak-kanak dan Berenang

Kanak-kanak yang mula berenang di peringkat awal menunjukan perkembangan yang lebih cepat berbanding kanak-kanak yang tidak berenang. Kanak-kanak ini lebih cepat belajar bercakap, lebih cepat membesar dan mempunyai daya ingatan yang lebih kuat. Menurut kajian selama 3 tahun dari 7,180 orang ibu bapa kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 5 tahun di tiga buah negara iaitu Australia, US dan New Zealand. Kanak-kanak yang aktif berenang di peringkat awal mendapat pencapaian yang lebih baik dari kanak-kanak yang lain dalam pengiraan (matematik), ujian lisan, daya imaginasi dan kreativiti seperti melukis dan mewarna.



Menari Gaya Anda

Mengikut kajian Swedish, remaja prempuan yang aktif dan suka menari mengikut gaya tersendiri menunjukan peningkatan kesihatan fizikal dan mental yang lebih baik. Menari dengan gaya tersendiri atau aktif juga memberi mereka keyakinan diri dan membantu mengawal tekanan dengan lebih baik. Dari 112 orang pelajar perempuan berumur 13 sehingga  19 tahun menunjukan mereka yang menari mempunyai peningkatan pada keyakinan diri dan mampu mengatasi masalah-masalah seharian denga lebih baik berbanding remaja yang sentiasa di kawal dan mereka tidak menunjukan apa-apa kemajuan dan peningkatan.



Terapi Muzik

Kita pernah mendengar istilah "Music for the soul", tetapi pengkaji dari Universiti Kentucky, US menyatakan muzik turut memberi kesan pada badan fizikal seseorang. Kajian membuktikan muzik yang menenangkan baik untuk pesakit sebelum, ketika dan selepas menjalani pembebedahan. Ia menghasilkan kesan yang sangat positif, pesakit akan merasa lebih tenang selepas pembedahan, mengurangkan rasa sakit dan mempercepatkan proses penyembuhan.



Revolusi Braille

Jika semuanya mengikut jadual, mereka yang mempunyai masalah penglihatan (buta) tidak perlu lagi membaca dengan menggunakan sentuhan. Menurut para pengkaji eropah, para penyelidik sedang  menjalankan satu kajian kanta yang mampu mendapat gelombang dari komputer. Maklumat dari komputer akan di hantar terus kepada kanta yang dilekapkan pada anak mata. Ini membolehkan mereka membaca 80% lebih tepat. Walau bagaimana pun kajian ini masih lagi di jalankan.

No comments:

Post a Comment