Pages

Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi saya di :

Hubungi / SMS : 012 - 319 2087 (ZUE)

Atau

Hubungi / SMS : 012 - 246 9704 (IHSAN)

Atau

Hotline : 03 - 2202 1215

Atau

Email : zueoutlet@yahoo.com

Sunday, April 7, 2013

Bangganya aku kerana mengenali mu!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera, Entri kami pada kali ini bertajuk "Bangganya aku!", mesti ramai yang tertanya-tanya apa yang kami cuba sampaikan disini. Pernahkah anda mendengar atau membuat kenyataan, bangganya aku menjadi kawan kau dan tengok kau dah berjaya, bangganya aku kerana adik beradik semuanya cantik dan segak, bangganya aku ada jiran yang pemurah seperti kau, bangganya aku ada ahli keluarga yang kaya dan berstatus. Pakcik saya bergelar Dato', bapak saya Tan Sri, kawan-kawan saya VVIP, bangganya aku!


Kami pun seperti anda suatu masa dahulu. Kami bangga ada kawan yang keluarganya ada syarikat minyak yang ternama di Malaysia, kami bangga tengok kawan-kawan kami berjawatan tinggi di syarikat-syarikat gergasi, kami bangga kerana ahli keluarga kami seorang yang dihormati dan berstatus tinggi. Kami bangga kawan-kawan kami dari kalangan orang-orang VIP. Kami bangga melihat rakan-rakan kami sudah mampu membeli rumah besar dan kereta mewah. Semua diatas adalah kami pada suatu masa dahulu. Kesanya, apabila ada majlis-majlis perjumpaan dengan kawan-kawan kami mula merasa segan dan malu, kami rasa sangat tidak berkeyakinan. Kerana kami selalu terfikir, nanti kalau mereka tanya perkerjaan kami macamana? nak cakap apa? malu lah.. kawan-kawan semua pakai kereta-kereta besar, kami cuma bawa kereta kecil. Malu rasanya apabila rakan-rakan bercerita pengalaman kerja dan perniagaan mereka di luar negara, rasa diri sendiri seperti sangat terpinggir.




 Aduhai, kalau UK memang la pernah pergi tapi Ulu Kelang bukan United Kingdom. Malunya..malunya.. akhirnya buat keputusan tak pergi perjumpaan. Pada masa itu kami merasa sangat down dan tidak ada keyakinan diri. Kami selalu fikirkan bagaimana masa depan kami apabila melihat dan membandingkan kejayaan rakan-rakan dengan kami. Bukan kami tidak pernah cuba untuk berubah, kami pernah berniaga pasar malam, pasar ramdhan, minyak wangi buat kerja-kerja sambilan untuk meningkatkan kualiti didalam kehidupan kami. Tetapi semuanya tidak kemana, oleh sebab itu kami selalu tidak menghadirkan diri ke majlis dan perjumaan yang diadakan.


Kami melihat rakan-rakan yang kami banga-bangakan tidak pernah berbangga kerana ada kawan seperti kami. Kawan-kawan yang selalu kami sebut-sebutkan nama mereka tidak pernah mengingati kami, malah mereka malu mengaku kami sebagai kawan mereka. Kalau mengaku pun, alah kawan-kawan biasa kenal macam tu jer itu pun sebab rakan sekelas! kami rasa sangat sedih dan malu. Makcik pakcik yang berstatus memandang rendah kepada kami dan apabila mereka bercakap kata-kata mereka sentiasa mengguris hati kami, kau ni makan tido, pemalas dan macam-macam lagi. Kawan-kawan dari keluarga kaya dan berada, tidak pernah ada masa untuk keluar minum bersama-sama kami. Tetapi sentiasa ada masa dengan kawan-kawan yang sama statusnya. Pathetic itu lah yang kami rasakan selama ini, kami cuba mencari jalan keluar, kami cuba mencari pekerjaan dengan syarikat-syarikat yang lebih stabil tetapi rakan-rakan kami semakin jauh meninggalkan kami. Kami tidak terdaya mengejar mereka lagi, namun begitu kami tetap bersuykur dengan nikmat yang Allah s.w.t berikan kepada kami. Mungkin kerana rasa syukur dengan nikmat yang Allah S.W.T berikan, kami bertemu dengan sesuatu yang mengubah kehidupan kami 360 darjah. Kami rasa sangat berkeyakinan, kami tidak merasa malu lagi berhadapan dengan orang ramai dan kawan-kawan kami. Mereka selalu melancong keluar negara, begitu juga dengan kami. Mereka mampu beli apa yang mereka impikan, begitu juga dengan kami. Kini kami ada pendapatan kami sendiri, kami memiliki perniagaan kami sendiri. Dan kami sangat yakin bahwa segala yang kami ada adalah hak milik Allah S.W.T yang dipinjamkan sementara kepada kami, kerana Allah S.W.T menyayangi dan mengasihi kami. Biarlah semua manusia didunia tidak suka kepada kami, yang penting Allah sayngkan kami.



Bagaimana kami berubah? segalanya bermula apabila kami mengenali Herbalife. Kami belajar meningkatkan keyakinan diri, kami menghadiri setiap latihan yang diadakan. Kami tidak ada masa yang banyak namun begitu kami menggunakan setiap masa yang ada dengan sebaik mungkin. Kami tidak berputus asa dan terus merepuh setiap halangan yang ada. Kami tidak memberikan sebarang alasan untuk tidak berusaha tetapi kami sentiasa mengingatkan diri kami sendiri mengapa kami perlu berusaha. Hari ini kami mampu melancong keluar negara, kami juga mampu membeli pakaian dan yang berjenama. Bukan lah niat untuk menunjuk-nunjuk tetapi untuk meningkatkan keyakinan diri kami sendiri.


Kami tahu kejayaan bukan datang dengan tiba-tiba, kejayaan adalah ibarat sepohon pokok. Kami perlu menanam benih dan membaja setiap hari. Sehingga pada satu tempoh benih tersebut akan menjadi sepohon pokok yang mengeluarkan buah-buahan. Jika kami menjaga benih sehingga menjadi sepohon pokok yang baik maka buah yang dihasilkan juga akan baik dan berkualiti. Kami berbangga kerana kami telah berjaya mengubah kehidupan kami, kami juga bangga kerana kami telah membantu ramai orang mengubah kehidupan mereka. Dari seorang yang hanya berbangga melihat kejayaan orang lain kini kami boleh berbangga kerana kami telah membantu orang lain berubah dan berjaya.



Kami yakin bahawa semua orang boleh berjaya, tetapi diri sendiri mesti bersedia untuk berubah dan sentiasa bersedia untuk melakukan perubahan tersebut. Niat tanpa tindakan tidak mencukupi tetapi niat yang disusuli dengan tindakan itu yang sangat penting. Jika anda ingin berubah dan masih mencari-mencari jalan, hubungi kami di 0123192087 (Zue) atau 0122469704 (Ihsan) atau isi borang pertanyaan di http://ihsanzue.blogspot.com/2013/04/inquiry-forms.html. Lakukan perubahan hari ini, kenapa perlu tunggu kerana umur dan kesempatan tidak pernah menunggu kita. Ia akan terus berlalu meninggalkan kita, jangan biarkan ia pergi dan jangan mensia-siakan setiap peluang yang ada. Bangga la dengan diri kita sendiri, kerana diri kita adalah satu anugerah yang sangat besar!

Kami adalah Jurulatih dan Pengedar Herbalife, kami membantu meningkatkan kesihatan anda dan kami membantu mengubah kehidupan anda kepada yang lebih baik! Kami bangga dengan diri kami dan kami bangga dengan anda kerana anda berani mengubah kehidupan anda!

Recommended blog : http://herbalifecoaching.blogspot.com




No comments:

Post a Comment