Pages

Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi saya di :

Hubungi / SMS : 012 - 319 2087 (ZUE)

Atau

Hubungi / SMS : 012 - 246 9704 (IHSAN)

Atau

Hotline : 03 - 2202 1215

Atau

Email : zueoutlet@yahoo.com

Friday, April 5, 2013

10,000 langkah Sehari


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Amalkan gaya hidup sihat dengan 10,000 langkah setiap hari.



Mulakan berjalan hari ini.

1. Merancang hala tuju anda untuk berjalan
2. Menetapkan satu tempoh masa
3. Pakailah pakian yang sesuai
4. Berfikir secara positif
5. Berjalan secara berkumpulan (bersama keluarga atau rakan-rakan)
6. Jangan berputus asa kerana orang lain melemahkan anda. Anda harus tetapkan di minda, anda berjalan untuk kesihatan diri anda.
7. Catit setiap perkembangan anda.


Jika anda telah menjadikan berjalan itu sebagai rutin harian, tingkatkan aktiviti anda dengan berjalan pantas.

1. Lakukan aktiviti memanaskan badan sebelum berjalan (warming up)
2. Lakukan aktiviti menyejukan badan selepas berjalan (warming down)
3. Pakailah pakaian yang sesuai
4. Merancang hala tuju anda untuk berjalan
5. Menetapkan satu tempoh masa
6. Pilih jalan yang selamat dan sesuai
7. Minum jumlah air yang mencukupi
8. Kerap berjalan atau bersenam secara teratur 3 sehingga 5 kali seminggu
9. Berjalan mengikut kemampuan badan anda



Kelebihan berjalan

1. Mengurangkan risiko sakit jantung
2. Mengurangkan risiko kencing manis
3. Mengurangkan risiko osteophorosis (sakit tulang)
4. Mengurangkan risiko prostate (risiko kemandulan bagi lelaki) dan breast cancer (barah dada bagi wanita)
5. Mengurangkan kadar kolestrol di dalam darah.
6. Mengawal tekanan darah
7. Membantu mengawal berat badan
8. Mengurangkan tekanan
9. Mengekalkan kekuatan pada otot



Panduan berjalan dengan betul

1. Berjalan dari tumit hingga ke ibu jari kaki
2. Pastikan kaki anda berjalan sebaris dengan tumit
3. Tegakan kepala anda ketika berjalan
4. Tegakan badan anda ketika berjalan (jangan membongkok)
5. Ayunan tangan tidak terlalu laju atau terlalu perlahan (selesa)
6. Bernafas seperti biasa melalui hidung


Berjalan di tempat kerja

1. Letakan kenderaan jauh sedikit dari biasa dan berjalan ke tempat pejabat anda
2. Elakan dari berhubung dengan talifon atau email rakan anda di dalam pejabat. Berjalan dan berjumpa dengan rakan anda.
3. Tidak menggunakan lif tetapi tanggan ketika di pejabat
4. Gunakan masa rehat 5-10 minit untuk berjalan.
5. Sekali sekala anda perlu bangun dan berjalan. Jangan hanya duduk di meja anda sahaja.



Berjalan di rumah

1. Berjalan ke kedai atau pasaraya
2. Berjalan bersama keluarga atau rakan anda
3. Berjalan ke tempat beribadah
4. Kurangkan penggunaan alat kawalan jauh television anda.
5. Lakukan kerja-kerja rumah


Sasaran 10,000 langkah sehari untuk kehidupan yang sihat
Jumlah langkahTahap fizikal
kurang 5,000Lemah
5,000 - 7,499Kurang Aktif
7,500 - 9,999Sederhana
melebihi 10,000Aktif
12,000Sangat Aktif


Berjalan 10,000 langkah bersamaan dengan :-

1. Berenang 90 minit
2. Berbasikal 70 minit
3. Berjalan sejauh 6-8 kilometer
4. Bermain bola 90 minit

Kami berharap semua maklumat yang di kongsikan dapat membantu anda mengamalkan kehidupan yang aktif dan sihat. Kami juga mengalakan pengambilan Tea Mix Herbalife ketika anda melakukan aktiviti berjalan kerana ia membantu meningkatkan metabolisema badan dan memberi anda tenaga yang luar biasa. Bagi mereka yang menjalankan latihan sukan, NRG Tea Herbalife adalah pilihan yang terbaik kerana ia bukan sahaja memberi tenaga yang luarbiasa, ia juga membantu anda menjadi lebih fokus. Kedua-dua Teh Herbalife ini membantu meningkatkan kadar pembakaran lemak di dalam badan terutamanya ketika anda bersukan. Misi kami membantu rakyat Malaysia menjadi sihat.

No comments:

Post a Comment